Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya. Segala puji bagi ALLAH yang menguasai hidup dan mati kami, keluasan dan kesempitan kehidupan kami, kesenangan dan kesusahan hayat kami. Segala puji bagi ALLAH yang pada tanganMu terikat segala-galanya, yang pada kudratMu terkawal segala-galanya.
Selawat dan salam atas kekasihMu, Muhammad
 Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya, serta semua 
mereka yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hinggalah pada hari 
yang KAU janjikan akan hancur segala-galanya.
Ya RABB, Ya JABBAR, Ya QAHHAR, Ya ‘AZIZ, 
KAU mendengar segala bicara kami, KAU melihat segala apa yang berlaku 
pada kami, KAU mengetahui segala-galanya, lebih dari apa yang kami 
ketahui. Hanya kepada KAU sahajalah kami tunduk menghinakan diri, hanya 
kepada KAU sahajalah kami sujud taat merendah diri, hanya kepada KAU 
sahaja yang kami adukan segala masalah kami,hanya kepada KAUsahaja 
segala pertolongan kami pinta, hanya kepada KAU sahaja tempat kami 
bergantung dalam segala hal dan perkara.
Maka bantulah kami, maka bantulah kami, maka bantulah kami.
Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh 
Palestin sedang menderita dihentam oleh kaum yang pernah mengkhianatiMu.
 Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang teruk diserang
 oleh musuh-musuhMu yang hendak memadamkan deenMu. Saudara-saudara kami 
di Gaza dan seluruh Palestin sedang tersepit dan terhimpit atas tindakan
 kaum Yahudi yang ingin memusnahkan deenMu.
Sesungguhnya KAU ya ALLAH, lebih tahu apa 
yang berlaku terhadap saudara kami di Gaza khasnya, dan di seluruh 
Palestin amnya. Maka kepada KAU sahajalah yang kami mampu adukan hal 
kami dan hal mereka. Sesungguhnya Ya ALLAH, tangan dan kaki kami terikat
 dari membantu mereka. Hanya doa dan aduan kepadaMu sahaja yang mampu 
kami lakukan.
Ya ALLAH, KAU perkuatkanlah saf 
pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin.
 Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang bermatian 
mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU 
bantulah hamba-hambaMu yang sedang dihimpit oleh musuh-musuh yang ingin 
memadamkan deenMu.
Ya ALLAH, KAUlah tuan kepada Masjidil 
Aqsa, KAUlah tuan kepada tanah suci Baitul Muqaddas, KAU jugalah tuan 
kepada nyawa-nyawa saudara kami yang sedang bermatian bertahan dan 
berjuang di Gaza dan seluruh Palestin. Maka dengan penuh hina, kami 
HAMBA, memohon kepada KAU, TUAN kepada segala-galanya untuk membantu 
segala benda yang menjadi milikMU. Bantulah hamba-hambaMu ya ALLAH, 
bantulah mereka, bantulah mereka.
Ya ALLAH, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Satukanlah saf pejuang-pejuangmu di Gaza 
dan seluruh Palestin. Kuatkanlah kaki-kaki mereka. Bantulah mereka 
dengan tentera-tentera yang KAU pernah turunkan di medan Badar pada masa
 dahulu, hantarkanlah angin taufan membantu mereka seperti KAU hantarkan
 ketika perang Khandaq, bantulah mereka dengan tentera-tentera tak 
terlihat seperti KAU lakukan ketika perang Hunain, jagalah mereka ya 
ALLAH, sebagaimana KAU menjaga tentera-tentera muslimin ketika Perang 
Mu’tah. Pertahankanlah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga RasulMu 
di medan Uhud.
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,
Tangan kami pendek tak tercapai ke sana, 
tanganMu jugalah yang berada di atas kekuatan kesatuan mereka. Bantulah 
mereka saudara-saudara kami di Gaza itu ya ALLAH. Bantulah mereka Ya 
ALLAH.
Ya ALLAH,
Sesungguhnya Yahudi dan segala 
kuncu-kuncunya, dengan segala manusia yang bersekongkol dengannya, telah
 melampau-lampau. Mereka telah membunuh ramai para nabi dan RasulMu, 
mereka juga menyakiti hati Rasulullah SAW kekasihMu. Hari ini mereka 
hendak memadamkan ummat Rasulullah SAW kekasihMu. Sesungguhnya mereka 
adalah kaum yang menderhaka kepadaMua tanpa henti. Telah KAU hantar 
ratusan utusan untuk mereka, tetapi tidak mereka ikuti. Hinggalah hari 
ini ya ALLAH, mereka telah menyakiti saudara-saudara kami, mereka hendak
 memadamkan deenMu ya ALLAH….
Sesungguhnya Ya ALLAH, KAU jugalah pemilik
 nyawa dan hati mereka, KAU jugalah pemilik kekuatan dan keperkasaan 
mereka. Pada tangan KAU lah terletak segala perancangan dan kemampuan 
mereka.
Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar KAU 
tarik segala keperkasaan mereka dan berikan kepada mujahidin yang 
berjuang atas jalanMu, tariklah segala keberanian mereka, dan berikanlah
 kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala kekuatan 
mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang sedang mempertahankan 
deenMu.
Ya ALLAH, KAU lah pemilik ketakutan dan 
kelemahan, KAU lah pemilik kehancuran dan kehinaan. Maka campakkanlah 
ketakutan atas hati-hati pejuang yahudi dan kuncu-kuncunya. Lemahkanlah 
segala kekuatan mereka. Hancurkanlah segala keperkasaan mereka. 
Hinakanlah segala kemuliaan mereka.
Ya ALLAH, hancurkanlah mereka dengan 
segala kekuatanMu. Ya ALLAH, hantarkanlah api dari langit yang pernah 
KAU turunkan atas kaum ‘Ad, hantarkanlah teriakan yang pernah KAU 
hantarkan pada kaum Thamud, hantarkanlah taufan yang pernah kau 
hantarkan pada Kaum Nuh, tenggelamkanlah mereka seperti mana kau 
tenggelamkan Firaun dan Haman. Ya ALLAH, gegarkanlah bumi mereka, 
bunuhlah semua tentera mereka sehingga tidak tertinggal seorang pun dari
 mereka.
ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
Kami ini lemah, mungkin kerna dosa kami 
maka saudara kami diuji sebegini rupa. Maka kami sujud menghina diri, 
kami meletakkan dahi kami ke tanah memohon kepadaMu RABBI, agar KAU 
maafkan dan ampunkan dosa-dosa kami. Ya ALLAH… KAMI hambaMu memohon 
ampun, KAMI hambaMu memohon maaf atas segala kesilapan dan kelalaian 
kami. Mungkin kerna kelalaian kami maka saudara kami diuji. YA ALLAH…
Ya ALLAH, KAU sahajalah yang sentiasa 
bersama-sama hamba-hambaMu. Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, sentiasalah 
KAU berada di sisi pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza 
dan Palestin. Ya ALLAH… kasihanilah mereka. Andai dosa kami besar 
sehingga KAU tidak memandang kami, maka KAU pandanglah darah-darah yang 
tersembur dari tubuh pejuang-pejuangMu di Gaza dan Palestin sana. YA 
ALLAH.. kasihanilah mereka. Ya ALLAH, kasihanilah mereka.
Ya ALLAH, bantulah mereka dan bantulah 
kami. Kuatkanlah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin itu dan 
kuatkanlah kami. YA ALLAH, musnahkanlah musuh-musuh mereka dan 
musuh-musuh kami. YA ALLAH, bantulah saudara-saudara kami dan bantulah 
diri kami.
YA ALLAH yang sentiasa mendengar doa, ya ALLAH yang lebih dekat dari urat nadi kami, ya ALLAH yang telah berjanji kepada kami,
“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan AKU perkenankan”
Ya ALLAH yang telah berkata kepada kami,
“Kalau hambaKu bertanya kepadamu mengenai AKU, sesungguhnya AKU amat dekat…”
Maka kami menuntut janji-janji itu. 
Perkenankanlah doa-doa kami. Bantulah kami. Bantulah saudara-saudara 
kami. Sesungguhnya kami yang lemah ini hanya mempunyai kekuatanMu 
sebagai payung dari hujan kejahatan musuh-musuh kami dan musuh-musuhMu.
Ya RABB… YA RABB… YA RABB..
KAU Sahaja tempat kami mengadu atas kesusahan kami dan kelemahan kami
KAU makbulkanlah doa ini atas doa 
hamba-hambaMu yang soleh, KAU makbulkan doa ini atas amalan soleh yang 
telah kami lakukan secara sengaja atau tak sengaja. KAU makbulkanlah doa
 ini atas cinta dan kasihMu kepada Rasulullah SAW…
Ya ALLAH… Ya ALLAH… Ya ALLAH…
Selamatkanlah kami hamba-hambaMu ini dari tangan-tangan yahudi dan segala kuncu-kuncunya.
Sesungguhnya KAU sahajalah penjaga kami, kepada KAU sahajalah kami berharap, kepada KAU sahajalah kami bergantung harap.
Tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM.
Segala puji kami rafa’kan kepadaMu Yang 
Paling Besar, Yang Paling Kuat, Yang Paling Perkasa, Yang Paling Agung. 
Selawat dan salam kami utuskan kepada Rasulullah SAW, seluruh ahli 
keluarganya, seluruh sahabatnya, dan semua mereka yang menuruti mereka 
hingga masa ke semasa hingga ke hari kiamat.
Amiiin…
Saudara sekalian…
Berdoalah…
Agar nanti bayi-bayi yang mati terbunuh, 
remaja-remaja yang tidak sempat dewasa, ibu yang kehilangan anak, isteri
 yang kehilangan suami, pejuang-pejuang yang syahid, tidak menjadi saksi
 atas kecuaian kita kepada mereka.
Mereka saudara kita. Bukankah ALLAH telah berfirman…
“ Sesungguhnya setiap mu’min itu bersaudara…”
Rasulullah SAW juga telag bersabda,
“ Mu’min dengan mu’min itu ibarat satu jasad, kalau sakit satu bahagian jasad itu, yang lain juga akan terasa”
Berdoalah bersama-sama…

























































